Privasi

Kenyataan privasi

 
Ketahui mengenai komitmen kami terhadap perlindungan privasi
Sorotan Pernyataan Privasi
TRUSTe

Pernyataan Privasi Salesforce, berkuat kuasa mulai 30 November 2020

 

Di Salesforce, kepercayaan adalah nilai #1 kami. Pernyataan Privasi Salesforce ini ("Pernyataan Privasi") menjelaskan amalan-amalan privasi kami bagi aktiviti-aktiviti yang diperihalkan dalamnya. Sila baca Pernyataan Privasi ini dengan berwaspada untuk mengetahui bagaimana kami mengumpul, menggunakan, berkongsi dan selainnya memproses maklumat berhubungan dengan individu ("Data Peribadi"), dan untuk mengetahui hak-hak dan pilihan-pilihan anda mengenai Data Peribadi anda.

Rujukan kepada "Salesforce", "kami" atau "Syarikat" adalah rujukan kepada salesforce.com, inc. dan sekutu relevannya yang terlibat dalam pengumpulan, penggunaan, perkongsian, atau pemprosesan lain Data Peribadi. Anda boleh mendapatkan alamat kami dan alamat-alamat sekutu-sekutu kami di sini

 

1. Entiti Salesforce yang bertanggungjawab

 

Salesforce merupakan pengawal Data Peribadi anda seperti yang diperihalkan dalam Pernyataan Privasi ini, melainkan dinyatakan sebaliknya.

Pernyataan Privasi ini tidak terpakai setakat pemprosesan Data Peribadi oleh kami dalam peranan sebagai seorang pemproses atau pemberi perkhidmatan bagi pihak pelanggan-pelanggan kami, termasuklah di mana kami menawarkan kepada pelanggan-pelanggan kami pelbagai produk and perkhidmatan awan melaluinya pelanggan-pelanggan kami (atau sekutu-sekutu mereka): (i) mencipta laman-laman sesawang dan aplikasi-aplikasi yang dijalankan di platform-platform kami; (ii) menjual atau menawarkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan mereka; (iii) menghantar komunikasi elektronik kepada yang lain; atau (iv) selainnya mengumpul, menggunakan, berkongsi atau memproses Data Peribadi melalui produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan awan kami. 

Untuk maklumat privasi terperinci mengenai seorang pelanggan Salesforce atau seorang pelanggan sekutu yang menggunakan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan awan Salesforce sebagai pengawal, sila hubungi pelanggan kami secara langsung. Kami tidak bertanggungjawab terhadap amalan-amalan privasi atau keselamatan data pelanggan-pelanggan kami, yang mungkin berbeza daripada apa-apa yang dijelaskan di Pernyataan Privasi ini. Untuk maklumat lanjut, sila juga lihat Seksyen 10.3 di bawah.

2. Aktiviti-aktiviti pemprosesan diliputi

 

Pernyataan Privasi ini terpakai bagi pemprosesan Data Peribadi yang kami kumpul apabila anda:

  • Melawati laman-laman sesawang kami yang memaparkan atau memautkan kepada Pernyataan Privasi ini;

  • Melawati halaman-halaman media sosial berjenama kami;

  • Melawati pejabat-pejabat kami;

  • Menerima komunikasi daripada kami, termasuklah e-mel, panggilan telefon, teks atau faks;

  • Menggunakan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan awan kami sebagai seorang pengguna yang diberi kuasa (contohnya, sebagai seorang pekerja kepada salah satu pelanggan-pelanggan kami yang memberi anda akses kepada perkhidmatan-perkhidmatan kami) di mana kami bertindak sebagai seorang pengawal Data Peribadi anda;

  • Mendaftar untuk, menghadiri atau mengambil bahagian dalam acara-acara, webinar-webinar, atau peraduan-peraduan; atau

  • Menyertai dalam pembangunan komuniti dan sumber terbuka.

Kami juga menjadi hos kepada AppExchange, satu pasar dalam talian untuk aplikasi-aplikasi web yang dijalankan di platform Salesforce dan yang mungkin disediakan oleh kami atau oleh pihak-pihak ketiga (lihat https://appexchange.salesforce.com/). Apabila aplikasi-aplikasi disediakan oleh kami dan aplikasi itu memautkan kepada Pernyataan Privasi ini, Pernyataan Privasi ini terpakai. Apabila aplikasi-aplikasi disediakan oleh pihak-pihak ketiga, pernyataan privasi pihak ketiga itu terpakai dan Pernyataan Privasi ini tidak.

Laman-laman sesawang and perkhidmatan-perkhidmatan kami mungkin mengandungi pautan-pautan kepada laman-laman sesawang, aplikasi-aplikasi dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang disenggarakan oleh pihak-pihak ketiga. Amalan-amalan maklumat oleh perkhidmatan-perkhidmatan lain, atau oleh platform-platform media sosial yang menjadi hos kepada halaman-halaman media sosial berjenama kami, adalah ditadbir oleh pernyataan-pernyataan privasi mereka, yang mana anda patut menyemak untuk lebih memahami amalan-amalan privasi mereka.

3. Apakah Data Peribadi yang kami kumpul?

 

3.1 Data Peribadi yang kami kumpul secara langsung daripada anda

Data Peribadi yang kami kumpul secara langsung daripada anda termausklah pengenal-pengenal pasti, maklumat professional atau berkaitan dengan pekerjaan, maklumat akaun kewangan, maklumat komersil, maklumat visual, dan maklumat aktiviti internet. Kami mengumpul maklumat sedemikian dalam keadaan-keadaan berikut:

  • Jika anda menyatakan minat untuk memperoleh maklumat tambahan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan kami; meminta sokongan pelanggan (termasuklah mengakses Portal Bantuan & Latihan); menggunakan "Hubungi Kami" atau ciri-ciri yang serupa; mendaftar untuk menggunakan laman-laman sesawang kami; mendaftar untuk suatu acara, webinar atau peraduan; atau memuat turun kandungan tertentu, kami mungkin menghendaki anda untuk memberi kami maklumat perhubungan anda, seperti nama, gelaran pekerjaan, nami syarikat, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, nama pengguna dan kata laluan anda;

  • Jika anda membuat pembelian melalui laman-laman sesawang kami atau mendaftar untuk suatu acara atau webinar, kami mungkin menghendaki anda untuk memberi kami maklumat kewangan dan bil anda, seperti nama dan alamat bil, nombor kad kredit atau maklumat akaun bank;

  • Jika anda menghadiri suatu acara, kami mungkin, dengan persetujuan lanjut anda, mengimbas lencana peserta anda, untuk memberi kami maklumat anda seperti nama, gelaran, nama syarikat, alamat, negara, nombor telefon dan alamat e-mel;

  • Jika anda mendaftar untuk suatu komuniti dalam talian yang kami menjadi hos, kami mungkin meminta anda untuk memberi pengguna nama, gambar atau maklumat biografi lain, seperti pekerjaan, lokasi, profil-profil media sosial, nama syarikat, bidang-bidang kepakaran dan keminatan anda;

  • Jika anda berinteraksi dengan laman-laman sesawang atau e-mel-emel kami, kami mengumpul maklumat mengenai peranti anda dan penggunaan laman-laman sesawang atau e-mel-emel anda (seperti alamat Protokol Internet (IP) atau pengenal-pengenal pasti lain, yang mungkin layak sebagai Data Peribadi (sila lihat seksyen "Apakah data peranti dan penggunaan yang kami proses", di bawah) dengan menggunakan kuki, perisik-perisik web, atau teknologi-teknologi yang serupa;

  • Jika anda menggunakan atau berinteraksi dengan perkhidmatan-perkhidmatan kami, kami mengumpul maklumat mengenai peranti anda dan penggunaan anda dalam perkhidmatan-perkhidmatan kami secara langsung melalui fail log dan teknologi-teknologi lain, sesetengah daripada mereka mungkin layak sebagai Data Peribadi (see lihat seksyen "Apakah data peranti dan penggunaan yang kami proses", di bawah);

  • Jika anda secara sukarelanya memberi maklumat tertentu kepada perkhidmatan-perkhidmatan kami, seperti mengisi suatu tinjaun mengenai pengalaman pengguna anda, kami mengumpul maklumat yang anda berikan sebagai sebahagian daripada permintaan itu; dan

  • Jika anda melawati pejabat-pejabat kami, anda mungkin dikehendaki untuk mendaftar sebagai seorang pelawat and untuk memberi nama, alamat-emel, nombor telefon, nama syarikat dan masa dan tarikh ketibaan anda.

Jika anda memberi kami atau pemberi-pemberi perkhidmatan kami sebarang Data Peribadi berhubungan dengan individu-individu lain, anda mewakili bahawa anda mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, dan di mana dikehendaki, memperoleh persetujuan yang diperlukan, dan mengakui bahawa Data Peribadi itu mungkin digunakan mengikut Pernyataan Privasi ini. Jika anda percayai bahawa Data Peribadi anda telah diberikan kepada kami secara tidak wajar, atau ingin menjalankan hak-hak anda berhubungan dengan Data Peribadi anda, sila hubungi kami dengan menggunakan maklumat dalam seksyen "Hubungi kami" di bawah.

3.2 Data Peribadi yang kami kumpul daripada sumber-sumber lain

Kami juga mengumpul maklumat mengenai anda daripada sumber-sumber lain termasuklah pihak-pihak ketiga dari siapa kami membeli Data Peribadi dan dari maklumat yang tersedia umum. Kami mungkin menggabungkan maklumat ini dengan Data Peribadi yang anda berikan. Ini membantu kami untuk mengemaskinikan, mengembangkan, dan menganalisis rekod-rekod kami, mengenal pasti pelanggan-pelanggan baru, dan membuat pengiklanan yang lebih khusus untuk memberi perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda. Data Peribadi yang kami kumpul daripada sumber-sumber lain termasuklah pengenal-pengenal pasti, maklumat profesional atau berkaitan dengan pekerjaan, maklumat pendidikan, maklumat komersil, maklumat visual, dan maklumat aktiviti internet, dan kesimpulan-kesimpulan mengenai pilihan-pilihan dan tingkah-tingkah laku. Khususnya, kami mengumpul Data Peribadi sedemikian melalui sumber-sumber berikut:

  • Pemberi-pemberi perkhidmatan pihak ketiga untuk maklumat perhubungan perniagaan, termasuklah alamat-alamat mel, gelaran-gelaran pekerjaan, alamat-alamat e-mel, nombor-nombor telefon, data niat (atau data tingkah laku pengguna), alamat-alamat IP, profil-profil media sosial, URL LinkedIn dan profil tersuai, untuk tujuan-tujuan pengiklanan tersasar, menyampaikan kandungan e-mel yang berkenaan, promosi acara dan profiling, menentukan kelayakan dan mengesahkan maklumat perhubungan; dan

  • Individu lain di organisasi anda yang mungkin memberi kami maklumat perhubungan perniagaan anda untuk tujuan-tujuan memperoleh perkhidmatan-perkhidmatan; dan

  • Platform-platform seperti GitHub untuk menguruskan kod daftar masuk dan permintaan tarik. Jika anda menyertai dalam projek sumber terbuka atau pembangunan komuniti, kami mungkin menghubungkan nama pengguna kod repositori anda dengan akaun komuniti anda supaya kami boleh memaklumkan anda tentang perubahan-perubahan program yang penting kepada penyertaan anda atau berhubungan dengan keperluan-keperluan keselamatan tambahan.

 

Kami menggunakan alat-alat pengumpulan maklumat biasa, seperti alat-alat untuk menggumpul penggunaan data, kuki, perisik-perisik web, piksel, dan teknologi-teknologi yang serupa untuk mengumpul maklumat secara automatik yang mungkin mengandungi Data Peribadi apabila anda menavigasi laman-laman sesawang kami, perkhidmatan-perkhidmatan kami, atau berinteraksi dengan e-mel-e-mel yang kami hantar kepada anda.

4.1 Data peranti dan penggunaan

Seperti yang benar untuk kebanyakan laman-laman sesawang, kami mengumpul maklumat tertentu secara automatik apabila pengguna-pengguna individu melawati laman-laman sesawang kami. Maklumat ini mungkin merangkumi pengenal-pengenal pasti, maklumat komersil, dan maklumat aktiviti internet seperti alamat IP (atau maklumat pelayan proksi), maklumat peranti dan aplikasi, nombor-nombor dan ciri-ciri pengenalan, lokasi, jenis pelayar, pemalam, penyatuan, pemberi perkhidmatan internet dan/atau pembawa mudah alih, halaman-halaman dan fail-fail yang dipandang, carian-carian, laman sesawang yang dirujuk, aplikasi atau iklan, sistem operasi, sistem maklumat konfigurasi, pilihan pengiklanan dan bahasa, tarikh dan setem masa berhubungan dengan penggunaan anda, dan kekerapan lawatan ke laman-laman sesawang itu. Maklumat ini digunakan untuk menganalisis tren-tren keseluruhan, membantu kami untuk memberi dan memperbaiki laman-laman seswang kami, menawarkan pengalaman yang khusus kepada pengguna-pengguna laman sesawang, dan memastikan keselamatan dan menyelenggarakan laman-laman sesawang kami.

Selain itu, kami mengumpul maklumat tertentu secara automatik sebagai sebahagian daripada penggunaan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan awan kami. Maklumat ini mungkin merangkumi pengenal-pengenal pasti, maklumat komersil, dan maklumat aktiviti internet seperti alamat IP (atau pelayan proksi), nombor peranti mudah alih, nombor-nombor pengenalan peranti dan aplikasi, lokasi, jenis pelayar, pemberi perkhidmatan internet atau pembawa mudah alih, halaman-halaman dan fail-fail yang dipandang, interaksi laman sesawang dan halaman web termasuklah carian-carian dan tindakan-tindakan lain yang anda ambil, sistem operasi dan sistem maklumat konfigurasi dan tarikh dan setem masa berhubungan dengan penggunaan anda. Maklumat ini digunakan untuk memastikan keselamatan perkhidmatan-perkhidmatan, untuk memberi kefungsian yang diperlukan, untuk memperbaiki prestasi perkhidmatan-perkhidmatan, untuk menilai dan memperbaiki pengalaman pelanggan dan pengguna dalam perkhidmatan-perkhidmatan, untuk menyemak pematuhan dengan terma-terma penggunaan yang terpakai, untuk mengenal pasti peluang-peluang masa hadapan untuk pembangunan perkhidmatan, untuk menilai keperluan-keperluan kapasiti, untuk mengenal pasti peluang-peluang pelanggan, dan demi keselamatan Salesforce secara umumnya (selain daripada keselamatan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami). Sesetengah data peranti dan penggunaan yang dikumpulkan oleh perkhidmatan-perkhidmatan, sama ada secara bersendirian atau bersama dengan data lain, boleh mengenal pasti anda secara individu. Sila ambil perhatian bahawa data peranti dan penggunaan ini digunakan terutamanya untuk mengenal pasti keunikan setiap pengguna yang log masuk (bukanlah individu-inidividu yang spesifik), selain daripada di mana pengenalpastian seorang individu dikehendaki secara tegas untuk tujuan-tujuan keselamatan atau dikehendaki sebagai sebahagian daripada pemberian perkhidmatan-perkhidmatan kami kepada pelanggan-pelanggan kami.

4.2 Kuki, perisik-perisik web dan teknologi-teknologi penjejakan yang lain di laman sesawang kami dan di komunikasi e-mel

Kami menggunakan teknologi-teknologi seperti perisik-perisik web, piksel, tag dan JavaScript, secara bersendirian atau bersama dengan kuki, untuk mengumpul maklumat tentang penggunaan laman-laman sesawang kami dan bagaimana orang berinteraksi dengan e-mel-e-mel kami.

Apabila anda melawati laman-laman sesawang kami, kami, atau seorang pihak ketiga yang diberi kuasa, mungkin meletakkan kuki pada peranti anda yang mengumpul maklumat, termasuklah Data Peribadi, mengenai aktiviti-aktiviti anda dalam talian lama-kelamaan dan merentasi pelbagai laman-laman. Kuki membenarkan kami untuk menjejaki penggunaan, membuat kesimpulan tentang pilihan-pilihan melayari, dan memperbaiki dan menyesuaikan pengalaman melayari anda.

Kami menggunakan kedua-dua kuki sesi dan kuki berterusan di laman-laman sesawang kami. Kuki sesi wujud hanya semasa satu sesi dan hilang daripada peranti anda apabila anda menutup pelayar anda atau mematikan peranti. Kuki berterusan kekal pada peranti anda selepas anda menutup pelayar atau mematikan peranti anda. Untuk menukar tetapan dan pilihan kuki anda untuk salah satu laman-laman sesawang kami, klik pautan Cookie Preferences di bahagian bawah halaman. Anda boleh juga mengawal penggunaan kuki pada peranti anda, tetapi memilih untuk menyahdayakan kuki pada peranti anda mungkin mengehadkan keupayaan anda untuk menggunakan sesetengah ciri-ciri di laman-laman sesawang dan perkhidmatan-perkhidmatan kami.

Kami juga menggunakan perisik-perisik web dan piksel dalam laman-laman sesawang dan di e-mel-emel kami. Sebagai contoh, kami mungkin meletakkan piksel di e-mel-emel pemasaran untuk memaklumkan kami apabila anda klik suatu pautan dalam e-mel itu. Kami menggunakan teknologi-teknologi ini untuk mengendalikan dan memperbaiki laman-laman sesawang dan e-mel-e-mel pemasaran kami. Untuk arahan-arahan tentang bagaimana untuk berhenti melanggan e-mel-e-mel pemasaran kami, sila lihat Seksyen 10.4 di bawah.

Berikut memerihalkan bagaimana kami menggunakan kategori-kategori berbeza untuk kuki dan teknologi-teknologi yang serupa dan pilihan-pilihan anda dalam menguruskan tetapan penggumpulan data dalam teknologi-teknologi ini:

 
Kuki dikehendaki

Kuki dikehendaki adalah diperlukan untuk kefungsian asas laman sesawang. Beberapa contoh termasuklah: kuki sesi diperlukan untuk menghantar laman sesawang, kuki pengesahan, dan kuki keselamatan.  

Jika anda memlih untuk mengenal pasti anda kepada kami, kami mungkin meletakkan pada pelayar anda suatu kuki yang akan membenarkan kami untuk mengenal pasti anda secara unik apabila anda log masuk ke dalam laman-laman sesawang dan untuk memproses transaksi-transaksi dan permintaan-permintaan anda.

Oleh sebab kuki dikehendaki adalah penting untuk mengendalikan laman-laman sesawang, tiada pilihan untuk menarik diri daripada kuki-kuki ini.
 
Kuki berfungsi

Kuki berfungsi meningkatkan fungsi-fungsi, prestasi, dan perkhidmatan-perkhidmatan di laman sesawang. Beberapa contoh termasuklah: kuki digunakan untuk menganalisis trafik laman, kuki digunakan untuk kajian pasaran, dan kuki digunakan untuk memaparkan pengiklanan yang tidak ditujukan kepada suatu individu tertentu. 

Kuki berfungsi juga mungkin digunakan untuk meningkatkan bagaimana laman-laman sesawang kami berfungsi dan untuk membantu kami memberi anda komunikasi yang lebih relevan, termasuklah komunikasi pemasaran. Kuki ini mengumpul maklumat tentang bagaimana laman-laman sesawang kami digunakan termasuklah halaman mana yang paling kerap dilihat.

Kami mungkin menggunakan teknologi kami atau teknologi pihak ketiga untuk menjejaki dan menganalisis penggunaan maklumat untuk memberi interaksi yang dipertingkatkan dan lebih banyak komunikasi yang relevan, dan untuk menjejaki prestasi iklan-iklan kami. 

Sebagai contoh, kami menggunakan Google Analytics ("Google Analytics"), satu perkhidmatan analisis web yang disediakan oleh Google, Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, USA. Anda boleh mengetahui tentang amalan-amalan privasi Google dengan pergi ke www.google.com/policies/privacy/‌partners/.

Google Analytics menggunakan kuki untuk membantu kami menganalisis bagaimana laman-laman sesawang kami digunakan, termasuklah jumlah pelawat-pelawat, laman-laman sesawang dari mana pelawat-pelawat kami telah menavigasi ke laman-laman sesawang kami, dan halaman-halaman pada laman-laman sesawang kami yang pelawat menavigasi. Maklumat ini digunakan oleh kami untuk memperbaiki laman-laman sesawang kami. Kami menggunakan Google Analytics dengan sekatan tentang bagaimana Google boleh memproses data yang dibolehkan. Untuk maklumat mengenai Pemprosesan Data Disekat Google pergi ke https://privacy.google.com/businesses/rdp/.

Salesforce juga mungkin menggunakan penyimpanan tempatan HTML5 atau kuki Flash untuk tujuan-tujuan disebutkan di atas. Teknologi-teknologi ini berbeza daripada kuki pelayaran dari segi amaun dan jenis data yang mereka menyimpan, dan bagaimana mereka menyimpannya.

Anda boleh memilih untuk menarik diri daripada kuki berfungsi. Untuk menukar tetapan dan pilihan kuki anda, termasuklah kuki berfungsi, klik pautan Cookie Preferences di bahagian bawah halaman ini.

Untuk menarik diri daripada pengumpulan data oleh Google Analytics, anda boleh memuat turun dan memasang satu pelayar tambahan yang boleh didapati di sini.

Untuk mengetahui bagaimana untuk mengawal kuki berfungsi melalui tetapan pelayar individu anda, klik sini.

Untuk mengetahui bagaimana untuk mengawal tetapan privasi dan penyimpanan untuk kuki Flash, klik sini.

 
Kuki pengiklanan

Kuki pengiklanan menjejaki aktiviti merentasi laman-laman sesawang untuk memahami keminatan seorang pelawat dan untuk memasarkan secara langsung kepada mereka.

Kami kadang kala menggunakan kuki dihantarkan oleh kami atau oleh pihak-pihak ketiga untuk menunjukkan anda iklan-iklan kepada produk-produk kami yang kami fikir mungkin menarik minat anda pada peranti-peranti anda guna dan untuk menjejaki prestasi iklan-iklan kami. Sebagai contoh, kuki-kuki ini mengumpul maklumat seperti pelayar yang anda guna semasa melawati laman-laman sesawang kami.

Salesforce juga berkontrak dengan rangkaian-rangkaian pengiklanan pihak ketiga yang mengumpul alamat-alamat IP dan maklumat lain daripada perisik-perisik web pada laman-laman sesawang kami, daripada e-mel-e-mel dan pada laman-laman sesawang pihak ketiga. Rangkaian-rangkaian pengiklanan mengikut aktiviti-aktiviti dalam talian anda lama-kelamaan dan merentasi laman-laman sesawang yang berbeza atau perkhidmatan-perkhidmatan dalam talian yang lain dengan mengumpul data peranti dan penggunaan melalui cara-cara automatik, termasuklah melalui penggunaan kuki. Teknologi-teknologi ini mungkin mengenali anda merentasi peranti-peranti yang anda guna. Apabila kami bekerja dengan rangkaian-rangkaian pengiklanan pihak ketiga, kami menghendaki mereka untuk mengehadkan pemprosesan data mereka kepada hanya apa yang diperlukan untuk memberi kami perkhidmatan pengiklanan yang kami minta.

Anda boleh memilih untuk menarik diri daripada kuki tersasar and pengiklanan. Untuk menukar tetapan dan pilihan kuki anda, termasuklah kuki tersasar dan pengiklanan, klik pautan Cookie Preferences di bahagian bawah halaman ini.

Lihat Seksyen 4.3 di bawah, untuk mengetahui lebih banyak mengenai rangkaian-rangkaian pengiklanan ini dan yang lain dan keupayaan anda untuk menarik diri daripada pengumpulan daripada pihak-pihak ketiga tertentu.

4.3 Notis-notis mengenai pengiklanan tingkah laku dan penarikan diri oleh pelawat-pelawat laman sesawang

Seperti yang diperihalkan di atas, kami atau salah satu rakan-rakan kongsi kami yang diberi kuasa mungkin meletakkan atau membaca kuki pada peranti anda apabila anda melawati laman-laman sesawang kami untuk tujuan menyediakan anda dengan pengiklanan tersasar (juga dirujuk sebagai "pengiklanan tingkah laku dalam talian" atau "pengiklanan berdasarkan minat"). Untuk mengetahui lebih banyak tentang pengiklanan tersasar dan rangkaian-rangkaian pengiklanan sila lawati halaman-halaman penarikan diri Network Advertising Initiative, sini, dan Digital Advertising Alliance, sini. Untuk menarik diri daripada pengiklanan tersasar yang diberi kepada kami dan kepada pihak-pihak ketiga oleh Salesforce Audience Studio, klik sini.

Untuk menguruskan penggunaan kuki tersasar dan pengiklanan pada laman-laman sesawang ini, klik pautan Cookie Preferences di bahagian bawah halaman ini atau rujuk tetapan pelayar individu anda untuk kuki. Untuk mengetahui bagaimana untuk mengawal tetapan privasi dan penyimpanan untuk kuki Flash, klik sini. Pelbagai pelayar-pelayar juga mungkin menawarkan alat-alat pengurusan mereka untuk mengalihkan penyimpanan tempatan HTML5.  

4.4 Penarikan diri daripada tetapan kuki pada pelayar individu anda 

Selain daripada menggunakan pusat pilihan pengguna, dalam banyak keadaan anda boleh menarik diri daripada pengumpulan data peranti dan penggunaan tidak penting pada pelayar web anda (lihat seksyen "Apakah data peranti dan penggunaan yang kami proses", di atas) dengan mengurus kuki pada tahap pelayar atau peranti. Selain itu, jika anda ingin menarik diri daripada pengiklanan berdasarkan minat, klik sini (atau, jika berlokasi di Kesatuan Eropah, klik sini). Untuk menarik dari daripada pengiklanan tersasar yang diberi kepada kami dan kepada pihak-pihak ketiga oleh Salesforce DMP, klik sini. Sila ambit perhatian, walau bagaimanapun, bahawa menyekat atau memadam kuki dan teknologi-teknologi serupa yang digunakan pada laman-laman sesawang kami, anda mungkin tidak dapat memanfaatkan daripada laman-laman sesawang itu dengan sepenuhnya.

Walaupun sesetengah pelayar-pelayar internet menawarkan pilihan "jangan jejak" atau "DNT" yang membolehkan anda untuk memberitahu laman-laman sesawang bahawa anda tidak mahu aktiviti-aktiviti dalam talian anda dijejaki, ciri-ciri ini adalah belum seragam dan tiada standard umum yang diamalkan oleh kumpulan-kumpulan industri, syarikat-syarikat teknologi, atau pengawal-pengawal selia. Oleh itu, kami tidak berkomitmen untuk memberi maklum balas kepada isyarat DNT pelayar mengenai laman-laman sesawang kami pada masa sekarang. Salesforce memandang serius privasi dan pilihan yang bermakna dan akan berusaha untuk terus memantau pembangunan sekitar teknologi pelayar DNT dan pelaksanaan standard.

4.5 Ciri-ciri Media Sosial

Laman-laman sesawang kami mungkin menggunakan ciri-ciri media sosial, seperti butang "like" Facebook, butang "Tweet" dan widget-widget perkongsian lain ("Ciri-ciri Media Sosial"). Ciri-ciri Media Sosial mungkin membenarkan anda untuk menyiarkan maklumat tentang aktiviti-aktiviti anda pada laman sesawang kami kepada platform-platform dan rangkaian-rangkaian sosial luar. Ciri-ciri Media Sosial juga mungkin membenarkan anda untuk menyukai atau menyerlahkan maklumat yang kami siarkan di laman sesawang kami atau halaman-halaman media sosial berjenama kami. Ciri-ciri Media Sosial adalah sama ada dihoskan oleh setiap platform masing-masing atau dihoskan secara langsung di laman sesawang kami. Setakat bahawa Ciri-ciri Media Sosial ini dihoskan oleh platform-platform mereka, dan anda klik menerusi mereka daripada laman-laman sesawang kami, platform itu mungkin menerima maklumat menunjukkan bahawa anda telah melawati laman-laman sesawang kami. Jika anda log masuk ke akaun media sosial anda, rangkaian sosial media masing-masing berkemungkinan boleh menghubungkan lawatan anda ke laman-laman sesawang kami dengan profil media sosial anda.

Salesforce juga membenarkan anda untuk log masuk ke laman-laman sesawang kami tertentu dengan menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan log masuk seperti Facebook Connect. Perkhidmatan-perkhidmatan ini mengesahkan identiti anda dan memberi anda pilihan untuk berkongsi Data Peribadi tertentu daripada perkhidmatan-perkhidmatan tersebut dengan kami seperti nama dan alamat e-mel anda untuk mengisi borang pendaftaran kami terlebih dahulu.

Interaksi anda dengan Ciri-ciri Media Sosial adalah ditadbir oleh dasar-dasar privasi syarikat-syarikat yang menyediakan mereka.

4.6 Maklumat log telefoni

Jika anda menggunakan ciri-ciri tertentu perkhidmatan-perkhidmatan kami pada sebuah peranti mudah alih, kami juga mungkin mengumpul maklumat log telefoni (seperti nombor-nombor telefon, masa dan tarikh panggilan, tempoh panggilan, maklumat penghalaan SMS dan jenis-jenis panggilan), maklumat acara peranti (seperti keranapan, aktiviti sistem, tetapan perkakasan, bahasa pelayar), dan maklumat lokasi (melalui alamat IP, GPS, dan sensor-sensor lain yang mungkin, sebagai contoh, memberi kami dengan maklumat tentang peranti-peranti yang berdekatan, poin-poin capaian Wi-Fi dan menara-menara sel).

5. Tujuan-tujuan kami memproses Data Peribadi dan asas-asas undang-undang yang kami bergantung kepada

Kami mengumpul dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut. Di mana dikehendaki oleh undang-undang, kami memperoleh persetujuan anda untuk menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan itu. Kalau tidak, kami bergantung kepada asas undang-undang lain yang memberi kuasa (termasuklah tetapi tidak terhad kepada (a) pelaksanaan suatu kontrak atau (b) kepentingan sah) untuk mengumpul dan memproses Data Peribadi anda.

  • Memberi laman-laman sesawang dan perkhidmatan-perkhidmatan kami: Kami memproses Data Peribadi anda untuk melaksanakan kontrak kami dengan anda untuk penggunaan laman-laman sesawang dan perkhidmatan-perkhidmatan kami dan untuk memenuhi kewajipan kami di bawah terma-terma penggunaan dan perkhidmatan yang terpakai; jika kami belum memasuki suatu kontrak dengan anda, kami berdasarkan pemprosesan Data Peribadi anda pada kepentingan sah kami untuk mengendali dan mentadbir laman-laman sesawang kami dan untuk memberi anda kandungan yang anda akses dan minta (contohnya, untuk memuat turun kandungan daripada laman-laman sesawang kami);

  • Mempromosikan keselamatan laman-laman sesawang dan perkhidmatan-perkhidmatan kami: Kami memproses Data Peribadi anda dengan menjejaki penggunaan laman-laman sesawang dan perkhidmatan-perkhidmatan kami, mencipta data bukan peribadi yang agregat, mengesahkan akaun-akaun dan aktiviti, menyiasat aktiviti yang mencurigakan, dan menguatkuasakan terma-terma dan dasar-dasar kami setakat diperlukan untuk kepentingan sah kami dalam mempromosikan keselamatan perkhidmatan-perkhidmatan, sistem-sistem, dan aplikasi-aplikasi dan dalam melindungi hak-hak kami dan hak-hak yang lain;

  • Memberi kefungsian yang diperlukan: Kami memproses Data Peribadi anda untuk melaksanakan kontrak kami dengan anda untuk penggunaan laman-laman sesawang dan perkhidmatan-perkhidmatan kami; jika kami belum memasuki suatu kontrak dengan anda, kami berdasarkan pemprosesan Data Peribadi anda pada kepentingan sah kami untuk memberi anda kefungsian yang diperlukan untuk penggunaan anda dalam laman-laman sesawang dan perkhidmatan-perkhidmatan kami;

  • Mengurus pendaftaran penggunaan: Jika anda teleh mendaftar suatu akaun dengan kami, kami memproses Data Peribadi anda dengan mengurus akaun pendaftaran anda untuk tujuan melaksanakan kontrak kami dengan anda mengikut terma-terma perkhidmatan yang terpakai;

  • Mengendali perhubungan dan permintaan sokongan pengguna: Jika anda mengisi borang web "Contact Me" atau meminta sokongan pengguna, atau jika anda menghubungi kami dengan cara-cara lain seperti melalui panggilan telefon, kami memproses Data Peribadi anda untuk melaksanakan kontrak kami dengan anda dan setakat diperlukan untuk kepentingan sah kami dalam memenuhi permintaan anda dan berkomunikasi dengan anda;

  • Mengurus pendaftaran dan kehadiran acara: Kami memproses Data Peribadi anda untuk merancang dan mengadakan acara-acara atau webinar yang anda telah mendaftar atau yang anda menghadiri, termasuklah menghantar komunikasi yang berkaitan kepada anda, untuk melaksanakan kontrak kami dengan anda;

  • Mengurus peraduan atau promosi: Jika anda mendaftar untuk suatu peraduan atau promosi, kami memproses Data Peribadi anda untuk melaksanakan kontrak kami dengan anda. Sesetengah peraduan atau promosi mempunyai peraturan tambahan mengandungi maklumat tentang bagaimana kami akan memproses Data Peribadi anda;

  • Mengurus pembayaran: Jika anda telah memberi maklumat kewangan kepada kami, kami memproses Data Peribadi anda untuk mengesahkan maklumat itu dan untuk mengumpul pembayaran setakat diperlukan untuk melengkapi suatu transaksi dan melaksanakan kontrak kami dengan anda;

  • Membangunkan dan memperbaiki laman-laman sesawang dan perkhidmatan-perkhidmatan kami: Kami memproses Data Peribadi anda untuk menganalisis tren-tren dan untuk menjejaki penggunaan dan interaksi anda dengan laman-laman sesawang dan perkhidmatan-perkhidmatan kami setakat diperlukan untuk kepentingan sah kami dalam membangunkan dan memperbaiki laman-laman sesawang kami dan memberi pengguna-pengguna kami dengan penawaran kandungan dan perkhidmatan yang lebih relevan, atau di mana kami meminta persetujuan sah anda;

  • Menilai dan memperbaiki pengalaman pengguna: Kami memproses data peranti dan penggunaan seperti yang diperihalkan di Seksyen 4.1 di atas, di mana dalam sesetengah keadaan mungkin menghubungkan Data Peribadi anda, untuk menganalisis tren-tren dan menilai dan memperbaiki pengalaman pengguna keseluruhan setakat diperlukan untuk kepentingan sah kami dalam membangunkan dan memperbaiki penawaran perkhidmatan, atau di mana kami meminta persetujuan sah anda;

  • Menyemak pematuhan dengan terma-terma penggunaan yang terpakai: Kami memproses Data Peribadi anda untuk menyemak pematuhan dengan terma-terma penggunaan yang terpakai dalam kontrak pelanggan kami setakat dalam kepentingan sah kami untuk memastikan kepatuhan kepada terma-terma yang relevan;

  • Menilai keperluan-keperluan kapasiti: Kami memproses Data Peribadi anda untuk menilai keperluan-keperluan kapasiti perkhidmatan kami setakat dalam kepentingan sah kami untuk memastikan kami memenuhi keperluan-keperluan kapasiti dalam penawaran pekhidmatan kami; 

  • Mengenal pasti peluang-peluang pelanggan: Kami memproses Data Peribadi anda untuk menilai peluang-peluang pelanggan yang berpotensi setakat dalam kepentingan sah kami untuk memastikan kami memenuhi permintaan pelanggan-pelanggan kami dan pengalaman pengguna mereka;

  • Mendaftar pelawat-pelawat pejabat: Kami memproses Data Peribadi anda untuk sebab-sebab keselamatan, untuk mendaftar pelawat-pelawat ke pejabat-pejabat kami dan untuk mengurus perjanjian ketidakdedahan yang pelawat-pelawat mungkin diperlukan untuk menandatangani, setakat pemprosesan ini adalah diperlukan untuk kepentingan sah kami dalam melindungi pejabat-pejabat kami dan maklumat sulit kami daripada akses tanpa kebenaran;

  • Memaparkan iklan-iklan dan kandungan diperibadikan: Kami memproses Data Peribadi anda untuk menjalankan kajian pemasaran, mengiklankan kepada anda, memberi maklumat diperibadikan tentang kami dalam atau di luar laman-laman sesawang kami dan untuk memberi kandungan diperibadikan yang lain berdasarkan aktiviti-akitivti and keminatan anda setakat diperlukan untuk kepentingan sah kami dalam mengiklankan laman-laman sesawang kami, atau, di mana diperlukan, setakat bahawa anda telah memberi persetujuan terdahulu (sila lihat seksyen "Hak-hak anda berhubungan dengan Data Peribadi anda", di bawah, untuk mengetahui bagaimana anda boleh mengawal bagaimana pemprosesan Data Peribadi anda oleh Salesforce untuk tujuan-tujuan pengiklanan diperibadikan);

  • Menghantar komunikasi pemasaran: Kami akan memproses Data Peribadi atau data peranti dan penggunaan anda, di mana dalam sesetengah keadaan mungkin menghubungkan dengan Data Peribadi anda, untuk menghantar kepada anda maklumat pemasaran, cadangan-cadangan produk dan komunikasi bukan transaksi yang lain (contohnya, buletin pemasaran, panggilan, SMS atau notifikasi tolak telepemasaran) tentang kami dan rakan-rakan kongsi dan sekutu-sekutu kami, termasuklah maklumat tentang produk-produk, promosi-promosi atau acara-acara kami seperti yang diperlukan untuk kepentingan sah kami dalam menjalankan pemasaran langusung atau setakat bahawa anda telah memberi persetujuan terdahulu (sila lihat seksyen "Hak-hak anda berhubungan dengan Data Peribadi anda", di bawah, untuk mengetahui bagaimana anda boleh mengawal bagaimana pemprosesan Data Peribadi anda oleh Salesforce untuk tujuan-tujuan pemasaran); dan

  • Mematuhi kewajipan undang-undang: Kami memproses Data Peribadi anda apabila bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa awam dan kerajaan, mahkamah-mahkamah atau pengawal-pengawal selia mengikut kewajipan undang-undang kami di bawah undang-undang yang terpakai setakat ini memerlukan pemprosesan atau penzahiran Data Peribadi untuk melindungi hak-hak kami atau diperlukan untuk kepentingan sah kami dalam melindungi daripada salah guna atau penyalahgunaan laman-laman sesawang kami, melindungi harta atau keselamatan peribadi, menuntut remedi-remedi yang ada kepada kita dan mengehadkan ganti rugi kami, mematuhi prosiding-prosiding kehakiman, arahan-arahan mahkamah, atau proses undang-undang, memberi maklum balas kepada permintaan yang sah di sisi undang-undang, atau untuk tujuan-tujuan audit.

Jika kami perlu mengumpul dan memproses Data Peribadi di bawah undang-undang, atau di bawah suatu kontrak yang kami telah memasuki dengan anda, dan anda gagal untuk memberi Data Peribadi dikehendaki apabila diminta, kami mungkin tidak dapat menjalankan kontrak kami dengan anda.

6. Dengan siapa kami berkongsi Data Peribadi?

Kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda seperti berikut:

  • Pemberi-pemberi Perkhidmatan: Dengan pemberi-pemberi perkhidmatan kami di bawah kontrak yang memberi perkhidmatan seperti IT dan sistem pentadbiran dan hosting, pemprosesan kad kredit, kajian dan analisis, pemasaran, sokongan pelanggan dan pengayaan data untuk tujuan-tujuan dan mengikut asas-asas undang-undang yang diperihalkan di atas; pemberi-pemberi perkhidmatan ini merangkumi syarikat-syarikat yang terletak di negara-negara di mana kami beroperasi (lihat senarai negara-negara yang relevan di sini: https://www.salesforce.com/company/locations/)  

  • Sekutu-sekutu: Jika anda menggunakan laman-laman sesawang kami untuk mendaftar suatu acara atau webinar yang dianjurkan oleh salah satu sekutu-sekutu kami, kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan sekutu itu setakat diperlukan berasaskan kontrak sekutu itu dengan anda untuk memproses pendaftaran anda dan memastikan penyertaan anda dalam acara; dalam keadaan sedemikian, sekutu kami akan memproses Data Peribadi yang relevan sebagai seorang pengawal yang berasingan dan akan memberi anda dengan maklumat lanjut mengenai pemprosesan Data Peribadi anda, di mana diperlukan. Senarai syarikat-syarikat sekutu yang berada dalam kumpulan korporat Salesforce pada masa sekarang adalah disediakan sebagai satu ekshibit kepada Laporan Tahunan kami, boleh didapati sini;

  • Penaja-penaja Acara: Jika anda menghadiri suatu acara atau webinar yang kami anjurkan, atau memuat turun atau akses suatu harta di laman sesawang kami, kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan penaja-penaja acara itu. Jika dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai, anda boleh bersetuju kepada perkongsian ini melalui borang pendaftaran atau membenarkan lencana peserta anda diimbas di gerai penaja. Dalam keadaan ini, maklumat anda akan tertakluk kepada pernyataan-pernyataan privasi penaja-penaja itu. Jika anda tidak ingin untuk berkongsi maklumat anda, anda boleh memilih untuk tidak memilih masuk melalui pendaftaran acara/webinar atau memilih untuk menarik diri mengikut Seksyen 10 di bawah;

  • Pelanggan-pelanggan Dengan Siapa Anda Bersekutu: Jika anda menggunakan perkhidmatan kami sebagai seorang pengguna yang diberi kuasa, kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan pelanggan bersekutu anda yang bertanggungjawab untuk akses anda kepada perkhidmatan setakat diperlukan untuk mengesahkan akaun-akaun dan aktiviti, menyiasat aktiviti yang mencurigakan, atau menguatkuasakan terma-terma dan dasar-dasar kami;

  • Penaja-penaja Peraduan dan Promosi: Dengan penaja-penaja peraduan atau promosi yang anda mendaftar;

  • Laman-laman sesawang dan rangkaian-rangkaian pihak ketiga: Dengan rangkaian-rangkaian media sosial pihak ketiga, rangkaian-rangkaian dan laman-laman sesawang pengiklanan, supaya Salesforce boleh memasarkan dan mengiklankan pada platform-platform dan laman-laman sesawang pihak ketiga;

  • Rakan-rakan AppExchange Pihak Ketiga: Khususnya mengenai laman sesawang AppExchange, jika anda memilih untuk berinteraksi dengan atau menggunakan alat-alat pihak ketiga, kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan rakan-rakan pihak ketiga yang mungkin berhubung anda mengenai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan mereka;

  • Penasihat-penasihat profesional: Bagi keadaan-keadaan individu, kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan penasihat-penasihat profesional bertindak sebagai pemberi perkhidmatan, pemproses, atau pengawal bersama - termasuklah peguam-peguam, pegawai-pegawai bank, juruaudit-juruaudit, dan syarikat-syarikat insurans yang berada di negara-negara di mana kami beroperasi (lihat senarai negara-negara relevan di sini: https://www.salesforce.com/company/locations/) yang memberi perkhidmatan-perkhidmatan perundingan, perbankan, perundangan, insurans dan perakaunan, dan setakat bahawa kami diwajibkan oleh undang-undang untuk berkongsi atau mempunyai kepentingan sah kami untuk berkongsi Data Peribadi anda;

  • Sekutu-sekutu Keluarga Salesforce: Dengan sekutu-sekutu dalam kumpulan korporat Salesforce dan syarikat-syarikat yang kami memperoleh pada masa hadapan selepas mereka menjadi sebahagian daripada kumpulan korporat Salesforce, setakat bahawa perkongsian data sedemikian diperlukan untuk memenuhi suatu permintaan yang anda mengemukakan melalui laman-laman sesawang kami atau untuk tujuan-tujuan sokongan pelanggan, pemasaran, operasi teknikal dan pengurusan akaun. Senarai syarikat-syarikat yang berada dalam kumpulan korporat Salesforce pada masa sekarang adalah disediakan sebagai satu ekshibit kepada Laporan Tahunan kami, boleh didapati di sini. Selanjutnya, oleh sebab sifat hubungan kami dengan organisasi perusahaan sosial kami, Salesforce.org, kami mungkin berkongsi Data Peribadi antara Salesforce dan Salesforce.org untuk tujuan-tujuan perniagaan dan/atau organisasi; dan

  • Pihak-pihak Ketiga yang Terlibat dalam Transaksi Korporat: Jika kami terlibat dalam suatu penggabungan, penyusunan semula, pembubaran atau perubahan korporat asas lain, atau menjual satu laman sesawang atau unit perniagaan, atau jika semua atau sebahagian daripada perniagaan, harta-harta atau stok kami diperoleh oleh pihak ketiga, dengan pihak ketiga sedemikian. Mengikut undang-undang yang terpakai, kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memaklumkan anda mengenai sebarang pemindahan Data Peribadi kepada suatu pihak ketiga bukan sekutu.

Kami juga mungkin berkongsi data penggunaan tanpa nama atau tidak dikenal pasti dengan pemberi-pemberi perkhidmatan Salesforce untuk tujuan membantu Salesforce dalam analisis dan pembaikan sedemikian. Selain itu, Salesforce mungkin berkongsi data penggunaan tanpa nama atau tidak dikenal pasti sedemikian secara agregat dalam perjalanan biasa mengendalikan perniagaan kami; sebagai contoh, kami mungkin berkongsi maklumat secara terbuka untuk menunjukkan tren-tren mengenai penggunaan umum perkhidmatan-perkhidmatan kami.

Sesiapa yang menggunakan komuniti, forum, blog, atau bilik berbual kami di laman-laman sesawang kami mungkin membaca sebarang Data Peribadi atau maklumat lain yang anda memilih untuk mengemukakan dan menyiarkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai penerima-penerima Data Peribadi anda, sila hubungi kami dengan menggunakan maklumat di seksyen "Hubungi kami", di bawah.

7. Pemindahan antarabangsa Data Peribadi

Data Peribadi anda mungkin dikumpul, dipindah kepada dan disimpan oleh kami di Amerika Syarikat dan oleh sekutu-sekutu dan pihak-pihak ketiga kami yang dizahirkan di Seksyen 6, di atas, yang berada di negara-negara lain. Alamat-alamat pejabat-pejabat kami di mana salesforce.com, inc. dan sekutu-sekutunya terletak boleh didapati di sini.

Oleh itu, Data Peribadi anda mungkin diproses di luar bidang kuasa anda, dan di negara-negara yang tidak tertakluk kepada suatu keputusan kecukupan oleh Surahanjaya Eropah atau badan perundangan atau pengawal selia tempatan anda, dan mungkin tidak memberi tahap keselamatan data yang sama seperti bidang kuasa anda, seperti EEA. Kami memastikan penerima Data Peribadi anda menawarkan tahap perlindungan dan keselamatan yang mencukupi, misalnya dengan memasuki perjanjian-perjanjian back-to-back dan, jika dikehendaki, klausa-klausa kontrak standard untuk pemindahan data seperti yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Eropah (Per. 46 GDPR). Di mana dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai, kami hanya akan berkongsi, memindah, atau menyimpan Data Peribadi anda di luar bidang kuasa anda dengan persetujuan terdahulu anda.

8. Kanak-kanak

Laman-laman sesawang kami tidak ditujukan kepada kanak-kanak. Kami tidak dengan menyedarinya mengumpul Data Peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur 16. Jika anda merupakan seorang ibu bapa atau penjaga dan mempercayai kanak-kanak anda telah memberi kami Data Peribadi tanpa persetujuan anda, sila hubungi kami dengan menggunakan maklumat di seksyen "Hubungi kami" di bawah dan kami akan mengambil tindakan untuk memadam Data Peribadi mereka daripada sistem kami.

9. Berapa lama kami menyimpan Data Peribadi anda?

Kami mungkin menyimpan Data Peribadi anda untuk suatu tempoh yang konsisten dengan tujuan asal pengumpulan (lihat seksyen "Tujuan-tujuan kami memproses Data Peribadi dan asas-asas undang-undang yang kami bergantung kepada", di atas) atau untuk masa yang dikehendaki untuk memenuhi kewajipan undang-undang kami. Kami menentukan tempoh penyimpanan yang sesuai untuk Data Peribadi berdasarkan amaun, sifat, dan sensitiviti Data Peribadi diproses, risiko bahaya yang berpotensi daripada penggunaan atau penzahiran Data Peribadi tanpa kebenaran, sama ada kami boleh mencapai tujuan-tujuan pemprosesasn melalui cara-cara lain, dan berdasarkan keperluan-keperluan undang-undang yang terpakai (seperti undang-undang had masa yang terpakai).

Selepas peluputan tempoh-tempoh penyimpanan yang terpakai, Data Peribadi anda akan dipadam. Jika terdapatnya sebarang data yang kami tidak dapat, oleh sebab-sebab teknikal, memadam sepenuhnya daripada sistem kami, kami akan melaksanakan langkah-langkah untuk mengelakkan sebarang penggunaan lanjut data sedemikian.

Untuk maklumat lanjut mengenai tempoh-tempoh penyimpanan data, sila hubungi kami dengan menggunakan maklumat di seksyen "Hubungi kami", di bawah.

10. Hak-hak anda berhubungan dengan Data Peribadi anda

10.1 Hak-hak anda

Anda mungkin mempunyai hak-hak tertentu berhubungan dengan Data Peribadi anda, tertakluk kepada undang-undang perlindungan data tempatan. Bergantung kepada undang-undang yang terpakai hak-hak ini mungkin merangkumi hak untuk:

  • Mengakses Data Peribadi anda yang kami pegang;

  • Mengetahui lebih banyak bagaimana kami memproses Data Peribadi anda;

  • Membetulkan ketidaktepatan Data Peribadi dan, mengambil kira tujuan pemprosesan Data Peribadi, memastikan kelengkapannya;

  • Memadam Data Peribadi anda (juga dirujuk sebagai hak untuk dilupa), setakat dibenarkan oleh undang-undang perlindungan data yang terpakai;

  • Mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda, setakat dibenarkan oleh undang-undang;

  • Memindah Data Peribadi anda kepada pengawal lain, setakat mungkin (hak untuk kemudahalihan data);

  • Membantah sebarang pemprosesan Data Peribadi anda. Di mana kami memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan pemasaran langusng atau berkongsi dengan pihak-pihak ketiga untuk tujuan-tujuan pemasaran langsung, anda boleh menjalankan hak anda untuk membantah pada sebarang masa pemprosesan sedemikian tanpa memberi sebarang sebab spesifik untuk pembantahan itu;

  • Menarik dari daripada penzahiran tertentu Data Peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga;

  • Jika anda di bawah umur 16, memilih masuk kepada penzahiran tertentu Data Peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga;

  • Tidak diskriminasikan untuk menggunakan hak-hak anda yang diperihalkan di atas;

  • Tidak tertakluk kepada keputusan berdasarkan sepenuhnya pemprosesan automatik, termasuklah profiling, yang menghasilkan kesan undang-undang ("Pembuat Keputusan Automatik"). Pembuat Keputusan Automatik tidak berlaku di laman-laman sesawang atau di perkhidmatan-perkhidmatan kami pada masa sekarang; dan

  • Menarik balik persetujuan anda pada sebarang masa (setakat kami memproses berdasarkan persetujuan), tanpa menjejaskan kesahan pemprosesan berdasarkan persetujuan itu sebelum penarikan balik itu.

10.2 Bagaimana untuk menjalankan hak-hak anda

Untuk menjalankan hak-hak anda, sila hubungi kami dengan menggunakan maklumat di seksyen "Hubungi kami", di bawah. Kami cuba memberi maklum balas kepada semua permintaan yang sah dalam satu bulan dan akan menghubungi anda jika kami memerlukan maklumat tambahan daripada anda untuk menunaikan permintaan anda. Kadang-kadang, kami mungkin mengambil masa lebih panjang daripada satu bulan, mengambil kira kerumitan dan nombor permintaan yang kami menerima. Jika anda merupakan seorang pekerja kepada seorang pelanggan Salesforce, kami mencadangkan anda untuk menghubungi pentadbir sistem majikan untuk bantuan dalam membetulkan atau mengemaskinikan maklumat anda.

Sesetengah pengguna-pengguna yang berdaftar boleh mengemaskinikan tetapan pengguna, profil, tetapan organisasi dan pendaftaran acara dengan log masuk ke akaun-akaun mereka dan mengedit tetapan atau profil mereka.

Untuk mengemaskinikan maklumat bil anda, menghentikan akaun anda atau meminta pengembalian atau pemadaman Data Peribadi anda dan maklumat lain berhubungan dengan akaun anda, sila hubungi kami dengan menggunakan maklumat di seksyen "Hubungi kami", di bawah.

10.3 Hak-hak anda berhubungan dengan data pelanggan

Seperti yang diperihalkan di atas, kami juga mungkin memproses Data Peribadi yang dikemukakan oleh atau untuk seorang pelanggan kepada produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan awan kami. Untuk tujuan ini, jika tidak dinyatakan sebaliknya di Pernyataan Privasi ini atau di penzahiran yang berasingan, kami memproses Data Peribadi sedemikian sebagai seorang pemproses bagi pihak pelanggan kami (atau sekutu-sekutunya) yang merupakan pengawal Data Peribadi (lihat seksyen "Entiti Salesforce yang bertanggungjawab" di atas). Kami tidak bertanggungjawab untuk dan tidak mempunyai kawalan terhadap amalan-amalan privasi dan keselamatan data pelanggan-pelanggan kami, yang mungkin berbeza daripada apa-apa yang diterangkan di Pernyataan Privasi ini. Jika data anda telah dikemukakan kepada kami oleh atau bagi pihak seorang pelanggan Salesforce dan anda ingin menjalankan sebarang hak yang anda mungkin ada di bawah undang-undang perlindungan data yang terpakai, sila tanya mereka secara langsung. Oleh sebab kami mungkin hanya mengakses data seorang pelanggan atas arahan-arahan mereka, jika anda ingin membuat permintaan secara langsung kepada kami, sila beri kami nama pelanggan Salesforce yang mengemukakan data anda kepada kami. Kami akan merujuk permintaan anda kepada pelanggan itu, dan akan menyokong mereka seperti yang diperlukan untuk memberi maklum balas kepada permintaan anda dalam tempoh masa yang munasabah.

10.4 Pilihan-pilihan anda untuk komunikasi pemasaran e-mel dan SMS

Jika kami memproses Data Peribadi anda untuk tujuan menghantar komunikasi pemasaran kepada anda, anda boleh mengurus penerimaan komunikasi pemasaran dan bukan transaksi daripada Salesforce dengan klik pautan "unsubscribe" terletak di bahagian bawah e-mel pemasaran Salesforce, dengan membalas or menghantar teks 'STOP' jika anda menerima komunikasi SMS Salesforce, atau melalui berhenti melanggan di sini. Sila ambil perhatian bahawa, walau apa pun di atas, anda akan terus menerima komunikasi pemasaran dan bukan transaksi MuleSoft melainkan anda mengurus penerimaan komunikasi sedemikian dengan klik pautan "unsubscribe" terletak di bahagian bawah e-mel pemasaran MuleSoft, membalas or menghantar teks 'STOP' kepada komunikasi SMS MuleSoft, atau berhenti melanggan di sini.

Anda juga boleh mematikan notifikasi tarik di aplikasi-aplikasi Salesforce dan MuleSoft pada peranti anda, atau berhenti melanggan dengan menghubungi kami dengan menggunakan maklumat di seksyen "Hubungi kami", di bawah. 

Sila ambil perhatian bahawa menarik diri daripada komunikasi pemasaran tidak menarik anda daripada menerima komunikasi perniagaan yang penting berkaitan dengan hubungan semasa anda dengan kami, seperti komunikasi mengenai langganan atau pendaftaran acara anda, pengumuman perkhidmatan atau maklumat keselamatan.

10.5 Piihan-pilihan anda untuk komunikasi telepemasaran

Jika anda ingin nombor telefon anda ditambah ke dalam daftar telepemasaran Jangan-Telefon dalaman kami, sila hubungi kami dengan menggunakan maklumat di seksyen "Hubungi kami", di bawah. Sila sertakan nama pertama, nama akhir, syarikat dan nombor telefon anda yang anda ingin ditambah ke dalam daftar Jangan-Telefon kami.

Sebagai alternatif, anda boleh memberitahu kami semasa telefon telepemasaran bahawa anda tidak mahu dipanggil lagi untuk tujuan-tujuan pemasaran.

11. Bagaiman kami memastikan keselamatan Data Peribadi anda

Kami mengambil langkah-langkah berjaga yang sesuai termasuklah langkah-langkah organisasi, teknikal, dan fizikal untuk membantu melindungi daripada pemusnahan, kehilangan, ubah suaian yang tidak sengaja atau menyalahi undang-undang, dan penzahiran tanpa kebenaran, atau akses kepada, Data Peribadi kami proses and guna.

Walaupun kami mengikut standard yang diterima secara umumnya untuk melindungi Data Peribadi, tiada kaedah penyimpanan atau penghantaran adalah 100% selamat. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk melindungi kata laluan anda, mengehadkan akses kepada peranti-peranti anda dan log keluar daripada laman-laman sesawang selepas sesi-sesi anda. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai keselamatan laman-laman sesawang kami, sila hubungi kami dengan menggunakan maklumat di seksyen "Hubungi kami", di bawah.

12. Perubahan-perubahan kepada Pernyataan Privasi ini

Kami akan mengemaskinikan Pernyataan Privasi ini dari semasa ke semasa untuk menunjukkan perubahan-perubahan dalam amalan-amalan kami, teknologi-teknologi, keperluan-keperluan undang-undang, dan faktor-faktor lain. Kalau kami berbuat demikian, kami akan mengemaskinikan "tarikh penguatkuasaan" di atas. Jika kami membuat pengemaskinian yang penting, kami mungkin memberi anda notis sebelum pengemaskinian itu berkuat kuasa, seperti menyiarkan suatu notis yang ketara di laman sesawang kami atau menghubungi anda secara langsung, atau di mana dikehendaki di bawah undang-undang yang terpakai dan boleh dilaksanakan, meminta persetujuan anda untuk perubahan-perubahan itu.

Kami menggalakkan anda untuk menyemak Pernyataan Privasi ini secara berkala untuk terus dimaklumkan tentang pengumpulan, pemprosesan dan perkongsian Data Peribadi anda oleh kami.

13. Hubungi kami

Untuk menjalankan hak-hak anda mengenai Data Peribadi anda, atau jika anda mempunyai pertanyaan mengenai Pernyataan Privasi ini atau amalan-amalan privasi kami sila isi borang ini, e-mel kami di privacy@salesforce.com, telefon kami di 1-844-287-7147, or tulis kepada kami di:

Salesforce Data Protection Officer (Salesforce Privacy Team)
415 Mission St, 3rd Floor
San Francisco, CA 94105, USA 

Kami adalah komited untuk bekerjasama dengan anda untuk memperoleh suatu penyelesaian yang adil untuk sebarang aduan atau kebimbangan tentang privasi. Jika, walau bagaimanapun, anda mempercayai bahawa kami tidak dapat membantu dengan aduan atau kebimbangan anda, dan anda berada di EEA, anda berhak untuk membuat aduan dengan pihak berkuasa penyeliaan yang kompeten.

14. Pematuhan dengan Sistem Pengiktirafan Privasi untuk Pemproses (PRP) APEC

Kami menyertai dalam sistem PRP APEC. Jika anda mempunyai kebimbangan privasi atau penggunaan data yang tidak diselesaikan yang kami belum mengatasi dengan memuaskan, sila hubungi pemberi penyelesaian pertikaian pihak ketiga (percuma) di https://feedback-form.truste.com/watchdog/request.

15. Penzahiran Tambahan untuk Residen-residen California

Tidak berkenaan untuk konteks Malaysia.